ABOUT US

 PENGENALAN SYARIKAT

Golden Investment Club merupakan sebuah syarikat yang ditubuhkan dengan matlamat utama untuk memberi kesedaran dan kefahaman yang lebih mendalam kepada seluruh masyarakat mengenai kepentingan pelaburan emas. Pelbagai aktiviti telah dijalankan oleh syarikat kami untuk muncul sebagai sebuah syarikat yang mantap dan diyakini. Antara aktiviti utama syarikat kami ialah memberi khidmat kauseling dan menasihat para usahawan yang berminat untuk melibatkan diri dalam bidang pelaburan emas. Melalui proses perkhidmatan yang berkesan dan dinamik ini, syarikat kami telah mampu untuk terus mara dengan cemerlang. Kami juga turut menyediakan perkhidmatan yang membolehkan para pelanggan melakukan aktiviti menjual dan membeli produk emas berpandukan prosedur urusniaga yang sebenar.


OBJEKTIF SYARIKAT

•Membantu melahirkan masyarakat yang berilmu  dan bermaklumat tentang pelaburan emas.
•Menjadi penasihat/perunding kepada mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang pelaburan emas.
•Melahirkan lebih ramai usahawan yang berilmu dan berdaya saing dalam perniagaan dan  pelaburan barang kemas.



VISI & MISI      
MISI
Menyediakan perkhidmatan dan bimbingan yang menyeluruh kepada  para usahawan yang berdaya tahan, bermotivasi tinggi dan komited untuk mencapai kejayaan dalam  pelaburan emas dan penyimpanan emas  demi meningkatkan taraf ekonomi  serta memberi kesedaran tentang kepentingan menambah asset  melalui pelaburan emas kepada syarikat umum.
VISI
Menjadi peneraju utama dalam pasaran pelaburan emas serta menjadikan GOLDEN INVESTMENT CLUB sebuah syarikat yang terunggul, cemerlang, dan berjaya memupuk budaya melabur  dan menyimpan emas dalam masyarakat umum.




CARTA ORGANISASI




1 comment: