100 PEMBELI EMAS
Oleh Zaitie Satibi
am@hmetro.com.my
KUALA LUMPUR: Lebih 100 perunding dan pembeli emas berhimpun di depan sebuah syarikat memperdagang emas di Kuchai Lama, di sini, selepas dikatakan tidak berpuas hati dengan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menyerbu premis itu, semalam.
Serbuan dijalankan mulai jam 2 petang dengan kerjasama polis dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) selepas syarikat terbabit dipercayai menjalankan aktiviti mengambil deposit secara haram daripada lebih 50 ribu pelanggan.
Menurut jurucakap BNM, syarikat sama yang beroperasi sejak 2007 dan didaftarkan di bawah Sendirian Berhad, pernah didakwa kerana kesalahan sama pada 2009.
“Selepas didakwa, syarikat terbabit menukar nama pada tahun lalu dan meneruskan aktiviti perdagangan.
“Sehingga kini, BNM dan agensi berkenaan yang turut menjalankan serbuan sedang menyiasat mengikut akta dan kesalahan di bawah bidang kuasa masing-masing,” katanya ketika dihubungi.
Katanya, serbuan serentak turut dijalankan ke atas sebuah lagi syarikat pelaburan emas yang didaftarkan mengikut nama sama di Singapura dan siasatan lanjut dijalankan bagi mengesan sama ada syarikat itu mempunyai kaitan dengan syarikat di Malaysia.
Dalam serbuan itu, BNM merampas dokumen urus niaga syarikat terbabit, komputer, emas dan wang tunai untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 25 (1) Bafia dan Seksyen 4 (1) Akta Pengubahan Wang Haram.
Sehingga jam 10 malam tadi, tiga pejabat urusan syarikat terbabit dipenuhi ratusan pelanggan yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak penguat kuasa melakukan serbuan menyebabkan sepasukan polis ditempatkan di lokasi serbuan bagi mengelak kejadian tidak diingini.
Seorang perunding emas yang hanya mahu dikenali sebagai Eddy, 50, berkata, mereka dijangka memperoleh emas yang dibeli dua minggu lalu esok (hari ini).
“Serbuan ini menyebabkan kami gagal mendapat emas yang dibeli kerana ia mungkin disita pihak berkuasa untuk siasatan.
“Serbuan ini menyebabkan kami gagal mendapat emas yang dibeli kerana ia mungkin disita pihak berkuasa untuk siasatan.
“Ini menyebabkan urusan pengagihan imbuhan pembelian emas kepada pembeli di bawah perunding masing-masing akan tergendala,” katanya.
Sementara itu, BNM dalam kenyataan akhbar berkata, pihaknya mengadakan serbuan dengan kerjasama polis dan KPDNKK terhadap syarikat itu dan serbuan sama dijalankan terhadap syarikat nama sama di Singapura.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/02
Reference : http://www.hmetro.com.my/articles/100pembeliemasberang/Article
Reference : http://www.hmetro.com.my/articles/100pembeliemasberang/Article
DITIPU SKIM PELABURAN RM50,000
Menurutnya, selepas melihat sendiri pejabat syarikat berkenaan dan diterangkan keuntungan yang bakal diperoleh, mangsa bersetuju untuk melabur menerusi skim pelaburan emas itu dan mendepositkan RM50,000 ke dalam akaun syarikat berkenaan.
“Mangsa yakin untuk melabur dalam skim itu berikutan syarikat terbabit turut menyediakan dokumen perjanjian untuk ditandatangani, selain berjanji akan menghantar dokumen perjanjian berkenaan selepas selesai menguruskannya.
“Bagaimanapun, selepas dua bulan, syarikat terbabit masih gagal menyerahkan dokumen perjanjian itu. Mangsa cuba menghubungi syarikat berkenaan namun tidak berhasil.
“Malah keuntungan yang dijanjikan selepas sebulan melabur tidak diterimanya. Mangsa yang mengesyaki dirinya ditipu akhirnya membuat laporan polis,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Batu Pahat, semalam.
Din berkata, walaupun mangsa membuat laporan polis pada 31 Januari lalu, pihaknya masih memburu suspek utama kes berkenaan.
“Polis juga berjaya menangkap dan mendakwa pemilik akaun yang menerima wang RM50,000 yang dideposit mangsa,” katanya.
Beliau berkata, polis kini mencari seorang wanita, Rimaliza Mustafa, 28, yang beralamat terakhir di Kuantan, Pahang, untuk membantu siasatan kes berkenaan.
“Kita meminta kerjasama orang ramai yang mengenali Rimaliza supaya dapat menghubungi pihak polis,” katanya.
'Awasi pihak salah guna surat akuan Bank Negara'
Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia memberi amaran kepada orang ramai supaya berwaspada dengan syarikat atau individu yang menyalahgunakan surat perakuannya untuk mendapatkan pelaburan dalam skim kewangan membabitkan emas dan logam berharga lain.
Amaran itu dikeluarkan selepas bank pusat itu menerima banyak pertanyaan berhubung syarikat yang mendakwa sebagai institusi berjadual dengan Bank Negara yang membolehkan mereka menerima pelaburan orang ramai.
“Bank Negara ingin menegaskan bahawa di bawah Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989, sesebuah syarikat yang menjalankan aktiviti pemajakan, pemfaktoran, kewangan pembangunan atau kredit, hanya menerima perakuan bertulis daripada kami.
“Surat perakuan itu yang dikeluarkan oleh kami bukan lesen perniagaan atau kelulusan Bank Negara terhadap perniagaan berjadual seperti dinyatakan dalam surat perakuan terbabit, atau apa juga perniagaan lain yang dijalankan oleh institusi terjadual berkenaan,” katanya.
Bank Negara menegaskan, senarai institusi berjadual yang mendapat perakuan daripada Bank Negara disimpan bagi tujuan perangkaan semata-mata.
Maklumat lanjut
“Jika sesebuah institusi berjadual sudah tidak lagi menjalankan perniagaan berjadualnya, Bank Negara akan menarik balik Surat Perakuan berkenaan,” katanya.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh merujuk kepada Peringatan Semua Pengguna Kewangan yang terdapat di laman web Bank Negara di www.bnm.gov.my.
Senarai peringatan itu dikumpulkan berdasarkan pertanyaan orang ramai ke atas Bank Negara terhadap modus operandi dan kegiatan sesebuah individu atau entiti perniagaan.
Ia juga mengandungi maklumat kesan berurusan dengan individu tidak bertauliah, jenis kegiatan dan modus operandi biasa yang digunakan oleh pengendali aktiviti haram termasuk menawarkan produk atau perkhidmatan melalui laman sesawang.
Senarai itu mempunyai pautan ke laman sesawang pengawal selia lain seperti Suruhanjaya Sekuriti (SC), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berhubung Peringatan Semua Pengguna Kewangan boleh menghubungi Bank Negara di BNMTELELINK: 1-300-88-5465.
Reference
:http://www.bharian.com.my/bharian/articles/AwasipihaksalahgunasuratakuanBankNegara_/Article/
Banteras kes tipu di internet
Blog forumsemak.blogspot.com yang dibangunkan PPIM untuk menyedarkan pengguna supaya berwaspada dengan kegiatan penipuan termasuk menerusi internet. - Foto Sairien Nafis
PPIM minta kerajaan rangka tindakan khusus
Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta kerajaan merangka tindakan lebih khusus untuk membanteras kegiatan skim penipuan termasuk menerusi internet yang turut menyasarkan golongan elit dan berpendidikan tinggi.
Kegiatan penipuan antaranya gores dan menang, pelaburan emas, tambah nilai kad SIM, cabutan nombor kad SIM, pembelian rumah, loteri dan wasiat yang dikesan didalangi warga asing itu dipercayai membabitkan transaksi berbilion ringgit.
Kerugian besar
Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata walaupun membabitkan kerugian yang besar kepada mangsa, tidak banyak laporan polis dibuat kerana mangsa malu dan masih berharap untuk mendapatkan wang seperti dijanjikan penganjur skim.
“Sampai bila kerajaan hendak menunggu untuk mewujudkan satu mekanisme secara menyeluruh kerana setiap hari pengguna terdedah kepada skim penipuan yang menggunakan pelbagai modus operandi.
“Selain itu, masyarakat juga perlu berhati-hati, tidak mudah terpedaya dan membuang sikap tamak, sebaliknya mewujudkan zon penampan dalam diri masing-masing dan sentiasa berkata `tidak’ dengan sebarang tawaran yang memberikan habuan secara mudah,” katanya kepada BH, semalam.
Berikutan peningkatan kes penipuan yang diterima PPIM, sejak setahun lalu, persatuan itu membangunkan laman forumsemak.blogspot.com untuk berkongsi maklumat berkaitan kegiatan penipuan bagi mengelak lebih ramai pengguna terus tertipu.
Kumpul aduan
Blog itu juga mengumpul aduan pengguna mengenai segala penipuan termasuk membabitkan pelaburan, syarikat jualan langsung dan perniagaan atas talian.
Terbaru blog itu memaparkan penipuan satu sindiket yang mengguna nama yayasan diraja negara jiran.
GENNEVA MALAYSIA: 1,500 PELABUR BUAT ADUAN

KUALA LUMPUR – Kira-Kira 1,500 pelabur Syarikat Genneva Malaysia Sdn Bhd membuat aduan di Pejabat Biro Aduan Pemuda Umno berhubung serbuan ke atas syarikat itu pada 1 Okt lepas.
Pengerusi biro itu Datuk Muhd Khairun Aseh berkata pihaknya menerima hampir 2,000 aduan daripada pelabur syarikat emas terbabit selepas Bank Negara Malaysia (BNM) melakukan serbuan.
“Kesemua pelabur tidak berpuas hati dengan serbuan terhadap syarikat itu dan meminta pihak berkuasa memberi penjelasan,” katanya pada sidang akhbar hari ini.
Mari kita Lihat VIDEO di bawah
Syarikat dipercayai ambil deposit haram kena serbu
KUALA LUMPUR: Bank Negara menyerbu pejabat The Gold Label Sdn Bhd,
di sini, sebuah syarikat yang dipercayai mengambil deposit secara haram
berjumlah berjuta ringgit membabitkan pelaburan emas dengan dijanjikan
pulangan yang tinggi.
Difahamkan, serbuan yang dilakukan kelmarin, dibuat susulan
beberapa aduan dan pertanyaan orang ramai mengenai kesahihan syarikat
itu yang menjanjikan pulangan pelaburan 2.5 peratus sebulan atau 30
peratus setahun.
“Difahamkan syarikat itu menerusi ejennya menawarkan pelabur membeli
emas dan mendapat rebat 2.5 peratus. Selagi pelabur menyimpan emas dan
kontrak, dia akan mendapat 2.5 peratus pulangan setiap bulan. Bagi
mendapatkan pulangan itu pada bulan seterusnya, pelabur dikehendaki
menunjukkan emas dan memperbaharui kontrak,” kata sumber berkenaan.
Bank Negara dalam kenyataannya semalam pula memaklumkan
pihaknya sedang menjalankan siasatan terhadap syarikat yang
berpangkalan di Mid Valley itu kerana disyaki menjalankan aktiviti
pengambilan deposit tanpa lesen dan pengubahan wang haram.
Siasatan dibuat mengikut seksyen 25(1) Akta Bank dan
Institusi-institusi Kewangan 1989 serta Seksyen 4(1) Akta Pencegahan
Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001
(AMLATFA).
“Serbuan dilakukan di pejabat The Gold Label Sdn Bhd di premisnya
di Northpoint Offices, Tower A, Mid Valley City, Kuala Lumpur. Sejumlah
aset dan dokumen syarikat berkenaan dirampas untuk tujuan penyiasatan,”
kata kenyataan itu.
Serbuan terhadap syarikat itu adalah yang ketiga tahun ini selepas
Dencomm Sales & Services Sdn Bhd dan Semangat Teknologi Gagah Sdn
Bhd pada 21 April kerana disyaki melakukan kesalahan sama.
Sehubungan itu, Bank Negara mengingatkan orang ramai supaya
mengelak daripada mendepositkan wang mereka dengan syarikat tidak
berlesen. Orang ramai boleh menyemak senarai institusi berlesen yang
dibenarkan mengambil deposit menerusi laman web www.bnm.gov.my dan laman
web Amaran Penipuan Kewangan di http://fraudalert.bnm.gov.my.
Baru-baru ini, Berita Harian mendedahkan 150,000 pelabur
menanggung kerugian lebih RM300 juta kerana sikap tamak mereka mendapat
‘wang besar’ dengan menyertai skim cepat kaya atau skim pelaburan haram
di seluruh negara sejak tahun lalu.
Sejak Januari tahun lalu, sembilan kertas siasatan dibuka untuk
menyiasat aktiviti pengambilan deposit tanpa lesen mengikut Akta Bank
dan Institusi Kewangan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.
Dalam tempoh sama, empat syarikat dan mereka yang disyaki
mengendalikan aktiviti skim cepat kaya dihadapkan ke mahkamah. Syarikat
berkenaan adalah Gemilang Mirza Sdn Bhd, Noradz Travel & Services
Sdn Bhd, Buluhmas Enterprise Sdn Bhd dan Eastana Farm Industries Sdn
Bhd.

No comments:
Post a Comment