INFORMATION


Company list that valid invest gold

1.     Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
2.     Golden Frontier Bhd
3.     Goldmine Properties

JENIS-JENIS EMAS




CARA MEMBUAT PELABURAN EMAS


KAEDAH MENGENAL DAN MENILAI EMAS



Selamat sejahtera kepada semua sahabat-sahabat yang jauh mahupun dekat.
Kali ini saya ingin berkongsi sedikit ilmu mengenai Kaedah Mengenal Dan Menilai Emas.

Emas merupakan logam paling berharga, oleh itu nilainya sentiasa stabil di pasaran.Emas merupakan aset mudah cair yang paling mudah disimpan kerana ianya kecil dan mudah dibawa kemana-mana.

Emas yang terdapat di pasaran terdiri dari pelbagai jenis dan pelbagai panggilan, antaranya ialah EMAS KELANTAN, SINGAPURA, INDIA, dan lain-lain nama mengikut negeri.Apa pun namanya namun nilainya yang sebenar adalah ditentukan melalui nilai karat emas tersebut.Emas paling tinggi nilainya 24K. Bewarna kuning dan sangat lembut untuk dibuat barang kemas.Barang-barang kemas yang dibuat daripada 24K adalah barangan yang tidak melibatkan ikatan batu permata.Batu permata biasanya diikat menggunakan emas 20K dan ke bawah.Tekstur dalaman emas 24K adalah sangat halus dan mengikut satu kajian 1 gram emas boleh dibuat dawai sepanjang 3.5km ataupun boleh diketuk senipis 0.000013cm.Emas 24K lebur pada suhu 1064 darjah celcius, mendidih pada 5086 darjah celcius dan “specific gravity” 19.3gm/cm3.




KETULENAN DAN KANDUNGAN EMAS.

Karat ( K ) adalah lambang mutu sesuatu ketegori emas dan karat digunakan bagi menentukan ketulenan ( bahagian/1000) dan peratus kandungan emas di dalam sesuatu jenis emas.

Ketulenan : Emas 24K mempunyai ketulenan paling tinggi iaitu pada tahap 1.000 sekiranya formula dibawah. Tetapi tahap ini adalah mustahil dimana kebiasaanya emas jongkong (emas paling tulen) hanya mencapai tahap 999.9 sahaja.

Formula untuk mengira ketulenan emas adalah seperti berikut:
(KARAT / 24K X 1.000)

Bagi emas 22K pengiraannya ialah:
( 22 / 24 X 1.000 = 916.6 )

KANDUNGAN EMAS
Formula untuk mengira peratus kandungan emas adalah seperti berikut:
( KARAT / 24K X 100 )

( 22 / 24 X 100 = 91.6% )

Ini bermakna kandungan emas yang terdapat di dalam emas 22K adalah 91.6% dan yang selebihnya adalah kandungan bahan lain.

Seterusnya bagi menentukan ketulenan dan kandungan emas bagi kategori-kategori emas lain seperti 22.8K, 21K, 20K dan lain-lain, formula yang diatas boleh digunakan.

No comments:

Post a Comment