Laman web minta orang ramai hingga RM5,000 janji untung RM100,000
Kuala Lumpur: Satu sindiket penipuan pelaburan emas dikesan
menggunakan jenama barang kemas terkenal, Emas Sri Pinang (ESP), untuk
mengabui orang ramai.
Sindiket itu dikesan mewujudkan satu laman web palsu yang hampir
menyerupai laman sesawang asli milik syarikat barang kemas berkenaan
untuk mempromosi pelaburan emas melalui talian yang meminta pelaburan
orang ramai antara RM300 hingga RM5,000 dan menjanjikan keuntungan
mencecah RM100,000.
Selain itu, sindiket juga dikesan menyebarkan iklan melalui
khidmat pesanan ringkas (SMS) mengajak orang ramai mengunjungi laman web
itu dan membuat pelaburan.
Jurucakap ESP, V Sulojina, berkata pihaknya mengetahui perkara itu
selepas dihubungi seorang wanita bertanyakan skim pelaburan emas yang
diiklankan di laman web terbabit, 25 Jun lalu.
“Saya terkejut apabila wanita itu bertanyakan mengenai skim
pelaburan emas yang diiklankan walhal syarikat kami tidak pernah
menawarkan perkhidmatan sedemikian.
“Wanita itu memberitahu dia mengetahui mengenai pelaburan itu
melalui satu SMS yang diterimanya dan berminat untuk membuat pelaburan,”
katanya ketika datang ke pejabat BH Ahad di sini.
Beliau berkata, laman web sebenar ESP ialah www.sripinang.com.
Reference : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sindikettipupelaburanemas/Article/
No comments:
Post a Comment